Biografi Depha Masterpiece

Depha dilahirkan di Kapit, Sarawak. Beliau belajar bermain gitar pada usia 13 tahun, dan pada akhir 1990-an ialah sebahagian daripada kugiran rock saduran, Monkey Black yang juga termasuk bakal ahli kumpulan Masterpiece iaitu Marcus.[5]

Pada tahun 2005, Depha telah diambil oleh pengasas Masterpiece Willy Edwin dan adiknya Kennedy di Sibu dan telah muncul dalam semua album yang dikeluarkan oleh band ini, sehingga melalui single terkini mereka "Kaban". Beliau telah mencipta dan menghasilkan hampir semua lagu untuk Masterpiece kecuali "Kumang Mimpi" dari Merindang Ke Bintang yang ditulis bersama pemain keyboard kumpulan itu, Roslee Qadir. Beliau juga bertanggungjawab untuk intro akustik "Ngap Sayot".[6][7][8][9][10]

Depha menjadikan Metallica sebagai pengaruh muzik utama beliau semasa usia remajanya, dan telah menyatakan mereka sebab beliau mahu bermain gitar. Beliau juga ialah seorang peminat band hard rock dan heavy metal tahun 70-an dan 80-an, termasuk White Lion, AC/DC, Iron Maiden, Queen, Black Sabbath, Deep Purple dan Bon Jovi. Masterpiece kadangkala memainkan lagu saduran oleh band-band ini, termasuk Queen "I Want to Break Free", Bon Jovi "It's My Life," dan Metallica "Enter Sandman". Beliau juga telah memetik Led Zeppelin, Nightwish, Kamelot, The Calling, Dewa 19, Nickelback dan Avenged Sevenfold sebagai pengaruh penting dalam gaya penulisan lagu sendiri.

Rujukan

WikiPedia: Depha Masterpiece http://www.ibanband.blogspot.com/2012/07/masterpie... http://ruailaguibankitai.blogspot.com/2014/03/mast... http://www.joota.com/jootaverse/cards/30145 http://www.newsarawaktribune.com/news/60390/Karen-... http://www.parenbonjour.com/2011/06/ngemujur-lagu-... http://www.reverbnation.com/masterpiecerocksibu http://www.seruranpemerindang.com/2013/07/single-n... http://www.seruranpemerindang.com/2013/12/music-ib... http://www.seruranpemerindang.com/2015/01/masterpi... http://www.seruranpemerindang.com/2016/02/album-ma...